Posts

Showing posts from March, 2024

DBKL, Prihatin sedikit kepada warga kota

Image
Saya difahamkan menerusi seorang rakan saya bahawa YB Menteri Dr Zaliha Mustafa, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah terbaca blog saya berkenaan dengan masalah sepanjang Jalan Bukit Maluri dan Jalan Lang Emas.  Walaupun sebelum ini, masalah seumpama ini sudah disalurkan kepada Datuk Bandar dan PRO DBKL, namum tidak ada tindakan mahupun sebarang maklumbalas bila masalah ini dapat diselesaikan demi keselesaan warga kota.  Sebenarnya, masalah disepanjang jalan ini sudahpun diberitahu kepada Datuk Bandar DS Kamaruzaman Mat Salleh sejak SEPT 13, 2023! Bukan sekali tapi beberapa kali juga.  Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada YBM Dr Zaliha sekiranya benar beliau sudah membaca blog ini dan tahu apa yang berlaku.  Jawapan yang saya terima dari rakan saya adalah seperti berikut:  (a) Sejak Feb 1, 2024, pihak DBKL sudahpun memperbaiki sebahagian jalan tersebut yang sepatutnya dibuat oleh pihak DUKE. Kos memperbaiki jalan tersebut akan dituntut daripada p...