TERIMAKASIH KEPADA MENTERI, YB-YB SEGAMBUT & KEPONG, SERTA DBKL


        Akhirnya, kerja beres.

        Persimpangan Jalan Bukit Maluri - Jalan Lang Emas sudahpun dibuat dengan baik. Inilah yang mendapat pujian dari orangramai.

        Seharusnya ini kerja DBKL dan bukanlah sampai perkara ini perlu sampai ke telinga Menteri Dr Zaliha Mustafa ataupun MP kawasan seperti YB Hannah Yeoh dan YB Lim Lip Eng. Nampaknya ada orang lain juga yang buat komen. Jika tak dapat baca, klik link ini untuk baca. 



        Kalau setakat Datuk Bandar pun cukup. Datuk Bandar seharusnya lebih kerap turun padang dan rasakan sendiri apa yang dialami oleh penduduk. Jangan jadi armchair manager, tapi usahakan Management By Walkabout (MBWA).

        Selepas ini, pihak DBKL perlu turapkan kebanyakan jalan dalam Wilayah Persekutuan yang selama ini tidak dijaga dengan baik. Sepanjang jalan ini juga, dari pangkal (dekat Segambut Dalam) sampai ke akhir (dekat persimpangan keluar ke Jalan Kepong) banyak lubang yang tidak diturap dengan baik. 

        Dengan ini, saya juga amat mengalu-alukan lawatan Menteri Wilayah Persekutuan ke kawasan Kepong dan Segambut untuk melihat keadaan yang dialami oleh penduduk-penduduk. Walaupun saya tidak tinggal lagi di sini, tapi saya tetap mempunyai 'softspot' terhadap kawasan di mana saya membesar. 

        Sila baca report dari Tan Sri Lee Lam Thye berkenaan dengan Friends of Pudu Ulu Recreation Centre: https://dbkl-improve-your-services.blogspot.com/2024/02/sahabat-taman-pudu-ulu-diterima-dari.html 





Comments

Popular posts from this blog

Terimakasih DBKL dan Datuk Bandar Datuk Seri Maimunah!

Sack the Mayor if he cannot perform his job

DBKL, Prihatin sedikit kepada warga kota