DBKL, Prihatin sedikit kepada warga kota
Saya difahamkan menerusi seorang rakan saya bahawa YB Menteri Dr Zaliha Mustafa, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah terbaca blog saya berkenaan dengan masalah sepanjang Jalan Bukit Maluri dan Jalan Lang Emas.
Walaupun sebelum ini, masalah seumpama ini sudah disalurkan kepada Datuk Bandar dan PRO DBKL, namum tidak ada tindakan mahupun sebarang maklumbalas bila masalah ini dapat diselesaikan demi keselesaan warga kota.
Bukan sekali tapi beberapa kali juga.
Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada YBM Dr Zaliha sekiranya benar beliau sudah membaca blog ini dan tahu apa yang berlaku.
Jawapan yang saya terima dari rakan saya adalah seperti berikut:
(a) Sejak Feb 1, 2024, pihak DBKL sudahpun memperbaiki sebahagian jalan tersebut yang sepatutnya dibuat oleh pihak DUKE. Kos memperbaiki jalan tersebut akan dituntut daripada pihak pemaju DUKE.
Komen:
DBKL: Pastikan ini berlaku. Mungkinkah menteri akan minta tunjukkan bayaran yang diterima sepenuhnya dari pemaju DUKE? Rakyat cuma nak pastikan bahawa dana DBKL digunakan sepenuhnya untuk membiayai kerja-kerja yang memanfaatkan rakyat dan tidak lagi dibazirkan dengan sewenang-wenangnya.
Lebih kurang 15 tahun dulu, pemaju kompleks Giant di Taman Connaught sepatutnya membina jejambat untuk menyeberangi Lebuhraya Salak dekat Connaught.
Beberapa tahun berlalu dan jejambat ini tidak dibina sehingga menyebabkan penuntut-penuntut asing terpaksa menyeberangi lebuhraya ini mengikut LONGKANG MONSUN di bawah lebuhraya. PRO DBKL boleh minta semak artikel dalam The Star Metro oleh pengarang bernama David Ng.
(b) Sejak dari bulan Mac ini, saya berharap pihak DBKL akan menggiatkan pemantauan mereka dengan lebih tekun. Di setiap kawasan parlimen memang sepatutnya ada pegawai DBKL yang membuat odit segala kemudahan awam untuk memastikan tidak berlaku lubang yang boleh membahayakan motorsikal dan merosakkan kenderaan terutamanya pada waktu malam apabila tidak nampak lubang-lubang ini.
Dana yang digunakan untuk membayar 45 kontraktor sepatutnya memastikan yang kerja pembaikan jalan dan segala kemudahan awam dibuat dengan baik.
Jikalau pihak awam memberi maklumbalas, ini sepatutnya diterima dengan ikhlas dan baik kerana orang awam menggunakan masa sendiri untuk berkhidmat tanpa sebarang pembayaran pun.
Datuk Bandar seharusnya menggunakan peluang ini untuk menunjukkan yang beliau tahu apa yang berlaku walaupun belum turun padang sendiri.
Sebelum ini, segala maklumbalas yang diterima oleh Datuk Bandar DS Mahadi, beliau terus ambil tindakan walaupun ini bukanlah dalam jangkaan orang awam yang pihak DBKL perlu buat dalam waktu tersingkat. Tapi janganlah sampai berminggu-minggu baru nak usahakan hanya selepas dapat teguran dari menteri.
Bagaimanakan perasaan pegawai mahupun Datuk Bandar sekiranya teguran dibuat sendiri oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (SPDA), Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Malaysia?
Sepatutnyalah, Datuk Bandar perlu turun padang lebih kerap. Sejak bila Datuk Bandar turun padang dan buat pantauan sendiri?
Kerja-kerja yang baru bermula:
Bagaimanapun, walaupun saya seolah-olah memaki, tapi bila kerja dibuat dengan baik, saya ucapkan terimakasih kepada pihak DBKL. Cuma harap pihak DBKL akan lebih prihatin. Saya mulakan blog ini pun kerana saya melihat prestasi kerja DBKL yang kurang memuaskan berbanding dengan kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Sekiranya pihak DBKL di peringkat cawangan dapat bekerjasama dengan warga kota, maka pihak atasan DBKL tidak perlu dibebankan dengan tugas pemantauan. Tetapi sekian lama sejak tahun 1980an sehingga kini, saya mendapati DBKL masih buat kerja seperti yang biasa disebut dalam akhbar Malay Mail dengan sikap 'lackadaisical.'
Sila baca:
https://dbkl-improve-your-services.blogspot.com/2024/02/sahabat-taman-pudu-ulu-diterima-dari.html
Comments
Post a Comment