Prestasi DBKL perlu diperbaiki lagi

Blog ini diwujudkan untuk memastikan setiap orang sentiasa ‘berada di atas jari kaki’ — sentiasa peka dan bersiap siaga — tanpa mengira siapa orangnya; jika tidak, tiada siapa akan bergerak dan rakyat akan terus menanggung kesan daripada kelemahan penyampaian perkhidmatan oleh pengarah‑pengarah DBKL dan Datuk Bandar.



DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana kerja yang tidak dibuat menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebuah bandaraya bertaraf ibunegara tetapi terbiar saja dengan tiadanya kerja penguatkuasaan mahupun kerja yang dibuat dengan memuaskan. 

Sila lihat berapa banyaknya lori-lori treler panjang di Intan Baiduri yang terletak di tepi jalan. Mengikut pengadu, aduan sudah dibuat kepada Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) tetapi JPJ mengatakan ini di luar bidang kuasa mereka. Perkara ini pun pernah dilaporkan kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tapi tindakannya masih tidak diambil oleh JPJ, mungkin kerana ini bukan salah lori treler tapi salah DBKL. Inilah disebutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkenaan dengan penguatkuasaan dan mereka ini akan diberi tempoh seminggu ini. 




Apabila perkara ini dibawakan kepada pejabat Datuk Bandar sejak November 23, 2025, tindakan masih belum diambil sehingga kini. Apabila dibawakan sekali lagi kepada Januari 16, 2026, tidak ada sebarang jawapan yang diberikan, samada masalah ini akan diselesaikan atau tidak. 

Ini yang menyebabkan rakyat marah, bukannya kepada Kerajaan Madani tetapi kepada kerajaan tempatan. 

Dalam sistem pentadbiran negara, ada tiga hierarki: Kerajaan Persekutuan di bawah Perdana Menteri, Kerajaan Negeri di bawah Menteri (untuk Kuala Lumpur, ianya di bawah Menteri Wilayah Persekutuan), dan Kerajaan Tempatan (di bawah Datuk Bandar atau Presiden Majlis Perbandaran). 











Dalam hal sebegini, Datuk Bandarnya Dato' Haji Fadlun Mak Ujud perlu ambil tahu masalah dekat tapak, sepertimana Datuk Bandar Petaling Jaya Dato' Zahri Samingon sentiasa peka kepada aduan, walaupun lubang kecil. Beliau sendiri ingin tahu apa yang berlaku di keliling kawasan di bawah jagaan beliau dan sentiasa turun padang untuk melihat sendiri pembuangan haram yang dijalankan. Tindakan tegas akan diambil oleh pihak penguatkuasa. 

Sepatutnya lubang manhole yang tidak ditutup bukanlah kerja seorang Datuk Bandar, tetapi kalau jabatan berkenaan tidak menjalankan kerjanya dengan baik, beliau lebih suka tahu yang tidak kena dekat tapak dan melihat anak buahnya buat kerja. Masalah kecurian kabel di Petaling Jaya baru-baru ini menyebabkan satu penutup lubang diletakkan terbuka saja di Jalan 13/6, Petaling Jaya, tetapi selepas dilapurkan kepada beliau, tindakan segera diambil. 

Sementara itu, dua lubang terbuka di Intan Baiduri yang dilaporkan kepada pejabat Datuk Bandar pada Januari 8, 2026, sehingga kini masih terbiar saja. Apa akan terjadi jikalau budak atau orang tua terjatuh ke dalam? 





Untuk memastikan tiada orang yang cuba mempolitikkan perkara ini, sejak 30 tahun lalu ini memang sikap DBKL. Ini bukannya kerana siapa membentuk kerajaan persekutuan, tetapi prestasi DBKL sebagai sebuah dewan bandaraya selama ini memang tidak baik, walaupun kebelakangan ini, ternampak jalan berlubang diturap dengan baik. 

Selalunya akhbar yang perlu siarkan pelbagai masalah yang tidak ditangani oleh pegawai DBKL dengan baik, barulah ada orang yang akan membuat kerja. Kerja pun bukannya dibuat dengan baik. Dalam hal ini, mungkin hanya dua lubang ini saja yang akan ditutup, menunggulah orang lain yang buat aduan barulah pegawai buat kerja. 

Bukan saja di Intan Baiduri, lihat juga aduan yang diterima dekat Taman Jepun Bukit Jalil masih belum diperbaiki. 


Jikalau pihak DBKL dan Datuk Bandar tidak ingin tahu apa yang berlaku dekat tapak seperti Datuk Bandar Petaling Jaya, biar menterinya turun padang selalu. Perkhidmatan untuk menyiarkan berita mengenai keluhan rakyat biasa adalah satu perkhidmatan menjadi mata-mata untuk setiap pegawai berpangkat tinggi di DBKL. 

Jika mereka masih tak turun padang sebelum masalah diwar-warkan di sini, biar gaji pengarah-pengarah dan Datuk Bandar dikumpulkan untuk didermakan kepada rakyat miskin tegar daripada dibayar gaji buta, dan bila ditegur, marah pula. 

Bila kerja tak buat, siapa yang marah terhadap DBKL? 







Comments

Popular posts from this blog

3 BAHASA: Special bouquet to YB Hannah Yeoh, Mayor Datuk Fahlun, Yeoh's assistant Wong and DBKL road repair teams

No favouritism: Brickbats for even Hannah